Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1444 HIJRAH/ 2023M KELOLAAN BERSAMA JABATAN SALIRAN DAN PEMBETUNGAN, JABATAN JALAN RAYA DAN JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN KERJA RAYA


Bandar Seri Begawan, Jumaat, 30 Jun 2023M

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Jalan Raya dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal pada sebelah petang hari ini bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Abdul Muiz bin Junaidi, Pemangku Jurutera, Jabatan Saliran dan Pembetungan. Majlis seterusnya diikuti dengan ceramah khas sempena Ibadah Korban dan Hari Raya Aidiladha bertajuk “Berkorban Apa Saja” yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Cikgu Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Kaunselor Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Majlis diteruskan lagi dengan pengagihan daging korban kepada seramai 126 penerima terdiri dari kalangan warga kementerian yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan selaku tetamu kehormat majlis. Pada tahun ini, sebanyak 5 ekor kerbau telah dikorbankan bagi majlis tersebut.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh, Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan; ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan diKementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Majlis keagamaan ini merupakan salah satu aktiviti Kementerian Pembangunan yang diadakan pada setiap tahun sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat kurnia Allah Subhanahu Wata’ala disamping bertujuan untuk memupuk nilai persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
pro@pwd.gov.bn


Attachments